Assalamualaikum
Hari ni hari Jumaat . Macam biasa , aku pergi ke Masjid Sultan Azlan Shah yang terletak lebih kurang tak sampai 1km dari rumah untuk menunaikan solat Jumaat bersama ayahanda. Sampai-sampai lepas aku ambil wudhu' , terus masuk masjid untuk tunaikan solat tahiyatul masjid . Usai saja solat , khutbah pun mula . Tok khatib bagi khutbah pasal penggunaan Cuti Persekolahan bagi anak-anak .
Khutbah hari ni sekejap saja. Lebih kurang setengah jam . Tak macam khutbah kat masjid sekolah aku tu . Dekat 45 minit aku hidupkan mode "membeku" . Tapi , untuk entry kali ni bukannya aku nak ceritakan apa yang tok khatib cerita masa khutbah tadi . Tapi aku nak ceritakan tentang seseorang yang amat aku kagumi mengenai diri beliau even aku memang tak kenal+takde pertalian darah dengan beliau .
Habis-habis doa after solat , maka berteraburlah para jemaah pulang ke rumah masing-masing umpama budak-budak kecik kejar pakcik aiskrim pedal pop . Tetiba aku terpandang satu view yang menarik perhatian . Aku terpandang seorang pakcik@atuk tua tengah duduk atas "kerusi yang boleh transform jadi tongkat" di beberapa saf hadapan aku .
Takde apa yang istimewanya tentang pakcik@atok ni sebenarnya. Cuma tetiba sahabat neuron di otak aku mengajak untuk berfikir dengan lebih jauh.Aku terfikir , pakcik@atuk ni even agak handicap , tapi dia masih gagahkan diri pergi ke masjid . Dapat duduk saf depan pulak tu . Kita pulak ? Yang sihat sejahtera dengan pancaindera yang sempurna ni macam mana pulak ?
Berapa kali dalam sehari kita ke masjid ? Berapa kali dalam seminggu kita ke masjid?
0 komen:
Post a Comment