Profile

My photo
| Juventino | Journalist | Student | Teacher-to-be | Grammar Nazi | A Man With Huge Passion for Football and Gundam | I Wanna Be The Great One Not A Good One |
Monday, December 20, 2010

Aku Islam !


Assalamualaikum
Bila al-Quran nk dibakar kita marah . Bila Rachel Cowrie diserang kita mengutuk . Bila Palestine sengsara kita simpati . Bila Islam dihina kita mengamuk . Tapi dalam suasana itu semua , kita lupa nk tanya diri kita .

Kita ni Islam ke?

Ya , mmg kita org Islam . Kita Muslim . Kita dh pun mengucap dua kalimah syahadah . Kira Islam la tu kan ? Kita hafal rukun Iman dn rukun Islam . Kita tau solat lima waktu tu wajib tapi tertunaikahnya? Ya , kita solat lima waktu sehari semalam . Tapi khusyukkah kita ? Ikhlaskah kita ? Sempurnakah solat kita ? Atau adakah kita hanya solat kerna mak atau ayah yg paksa ? dan bukannya kehendak hati kita .

Kita bangga buka aurat . Yang laki bangga tayang kepala lutut . Yang perempuan bgga tayang badan . Semua lekuk , lurah habis dipertontonkn . Kita bangga . Kita bangga sebab org lain tau yang badan kita lawa , smart , tough dll . Bila tanya kenapa tak tutup aurat . Jawapan yg meluncur keluar laju je mcm safee sali kejar bola .

Kan tiada paksaan dalam Islam

Kita berani cakap guna dalil dri ayat al-Quran . Tapi kita tak tau pun apa maksud sebenarnya dalil tu . Para pengtafsir al-Quran pun kaji satu kalimah sampai berbulan2 , kita yg ilmu tak tara mana bleh selamber bidas dakwah camtu je .

Maksud dalil tu yang sebenar ialah . Tiada paksaan dalam Islam . Iaitu paksaan ke atas org bukan Islam untuk memeluk Islam . Yang dah Islam pula kena la ikut syariat Islam sepenuhnya . Tapi ada dalam kalangan kita yg lagi hardcore . Siap cakap :

Unknown :Aku takpe . Aku bukak aurat je . Syariat Islam len semua aku ikut. Solat khusyuk. Banyak sedekah. Ikut cakap mak bapak. Senang ckap perfect . Just bukak aurat je. Baru satu dosa. Pahala aku bergunung2 boleh tolong cover dosa aku .

Tapi bila Nabi Muhammad dihina . Islam dicemuh . Umat dikeji . Kita reti pulak nak ngaku sayangkan Islam . Kutuk sana-sini . Maki hamun kat facebook. Buat group macam2

Musuh Islam tak penah pun gentar semua tu . Sebab dia tau . Umat Islam hari ni lemah . Sebab ramai yang hanya ngaku Islam . Tapi apa yg mereka benar-benar tau pasal Islam ? Mereka , musuh Islam , dah kaji agama Islam ni berabad lamanya . Nak cari cara agar dapat lemahkan pegangan agama umat Islam . Sebab mereka tau , kalau umat Islam ni berpegang teguh pada agama mereka. Mustahil mereka boleh menang .

ADAKAH KITA BENAR-BENAR ORANG ISLAM?



-BUKA MINDA BUKA HATI KENALI DIRI PERBAIKI IMAN-


0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Viewed

Theme images by andynwt. Powered by Blogger.
 

© INI BLOG ABANG KAMIL, All Rights Reserved
Design by Dzignine and Conceptual photography