Profile

My photo
| Juventino | Journalist | Student | Teacher-to-be | Grammar Nazi | A Man With Huge Passion for Football and Gundam | I Wanna Be The Great One Not A Good One |
Monday, January 14, 2013

Murtadha Alsagoff The Thunderer

"so, camna nak soalan no 13 ni? guna permutation atau combination?" soalku kepada Iskandar Izzudin, seorang kenalan ku di PASUM. Iskandar aka Is merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (KUPSIS), sebuah SBP yang berhampiran dengan sekolah aku dulu Sekolah Sultan Abdul Halim.

Kami sebelum ini pernah bertemu di lapangan tournament kriket dengan pasukan yang diketuai aku menundukkan pasukannya dengan point 127 berbalas 121. Main nak haram punya lama dekat 5 jam tengah panas.
Setelah hampir dua jam aku bermukim di biliknya B225, perasaan lenguh bercampur bosan mula memnuhi diri lantaran menjawab soalan tutorial Prof Sahar yang amat dinamik. Aku membuka topik perbualan, berkenaan isu oral test yang bakal kami hadapi tak lama lagi.

"Aku buat pasal Greek Mythology. Sembang pasal greek gods, macam zeus, poseidon, hades semua tu..Ko amacam?" Soalku terhadap Is. "Aku tak tahu lagi...no idea..tak macam ko budak kelas N", balas Is sambil tersengih sengih.

"Aku punya topik dapat support from tutor BI aku kot..lepas Murtadha bagi briefing kat dia pasal topik kitorang, dia siap tambah lagi macam2 isi baru. Dia pon minat jugak dengan greek2 semua ni kot.." tambah ku tanpa dipinta oleh Is.

"Owh..so ape kuasa dia?" soal Is dengan muka yang penuh curiosity umpama kanak2 ribena.

"Sapa? Zeus ka Poseidon?", soalannyanya kubalas kembali dengan persoalan.

"Murtadha la..apa kuasa dia? first time dengar nama Greek god nama tu..."balas Is.

Mata kami bertentangan. Deruan darah mengalir ke kepalaku. Aku melontarkan pandangan terhadap Iskandar dengan lirikan mata umpama panahan arjuna. Iskandar masih terkebil2 meminta penjelasan....


|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Syed Ahmad Murtadha Alsagoff merupakan groupmate untuk test oral BI aku. Dia merupakan pewaris kepada keturunan Alsagoff. Aku percaya ramai yang tahu bahawa keturunan Syed dan Sharifah dikatakan merupakan keturunan aka descendant of Nabi Muhammad saw.

Tapi keturunan Syed/Sharifah ni pun ade jugak level2 nya. Macam keturunan Alsagoff, Jamalullail dan lain2. Macam groupmate aku ni, keturunan Alsagoff.

Keturunan Alsagoff ni asalnya para pedagang rempah yang kaya raya dari Tanah Arab. Ada yang datang ke Tanah Melayu berdagang rempah. Salah seorang keturunannya berkahwin dengan seorang puteri raja di Singapura. Maka bermula lah keturunan Alsagoff di kepulauan Melayu.

berbaju putih. murtadha ni kat kelas aku jadi tukang sapu je..haha..lulz..melawak

Selama hampir sejam bilik B225 dipenuhi gelak tawa ku bersama Is, membayangkan karakter dan kuasa Murtadha selaku Greek god yang disangka kan oleh Is.

Murtadha dengan perisai dan lembing kilatnya - imaginasi Haniff aka roomate Is
Murtadha diatas singgahsananya - imaginasi aku selaku tokok tambah melayan topik
Murtadha aka Tadho ni anak orang kaya.Drive kereta Proton Persona pi ke dewan kuliah yang mengambil masa 5 minit berjalan. Hensem orangnya. Senang dibuat kawan. Dan juga kelakar.

ok...jelas ciri-ciri betapa gay nya aku disitu...lulz
 

updated 1.26 am 

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Viewed

Theme images by andynwt. Powered by Blogger.
 

© INI BLOG ABANG KAMIL, All Rights Reserved
Design by Dzignine and Conceptual photography