Profile

My photo
| Juventino | Journalist | Student | Teacher-to-be | Grammar Nazi | A Man With Huge Passion for Football and Gundam | I Wanna Be The Great One Not A Good One |
Saturday, January 26, 2013

Minggu Indah Sebelum Minggu Neraka

Assalamualaikum

Dah ramai ke blogger veteran bersara? Almost 80% blogger yang aku follow dah tak update2 dah blog depa macam dulu. Ada yang dekat setahun tak update macam aku. Ben Ashaari aje yang aktif lagi.

Lulz

Rata-rata blog yang aku lawat adalah blog2 yang baru bertapak, either dalam 3-5 bulan usianya. Budak2 lepasan SPM rata-ratanya, baru mula menceburi dunia blogging.

Welcome ku ucapkan

|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Jam di handphone Corby 2 menunjukkan jam 4.02pm. Bas Transnasional dari Kuala Lumpur-Teluk Intan melintasi sebuah sekolah menengah kebangsaan yang aku dah lupa namanya.
gambar hiasan. nanti ade yang cakap aku ni terencat, tak kenal bas...=P

Ku unlock kan phone Corby itu, lantas ku scroll mencari contact no. ibu ku tersayang yang sudah berjanji akan datang menjemput ku di stesen bas.

" If i was your boyfriend..never let you go.." Bunyi caller ringtone ibu berdengung menghentak eardrum ku. "Nice, mak pon dah layan Justin Bubur" terdetik hatiku.

"Assalamualaikum, mak. Mak dengan abah kat mana sekarang?" soal ku dengan penuh excited umpama budak Form 1 kali pertama naik bas pulang bercuti.

"Waalaikumussalam, mak dengan abah dekat rumah la. Kenapa?" jawab bonda ku.

"Em...mak dengan abah tahukan Kamil balik hari ni?" ku mula resah dengan situasi ini. Mana lah tahu kot2 kereta ayahanda rosak. Tak dapat datang ambek aku. Duit aku dah pokai. Semalam shopping midvalley ala2 anak bangsawan, mak bapak kat rumah lenguh tangan cop duit.

"Kamu dah sampai dekat mana?" soalan ku tidak dijawabnya.

"Dah sampai traffic light Teluk Intan dah mak...." jawab ku dengan nada bersahaja.

"Tunggu sampai abah sampai." balas ibu.

Dialog kami tamat disitu, umpama dalam filem agen perisikan, perbualan telefon tamat dengan situasi yang cool bersahaja.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nice. Lepas kenyang bedal nasi kandar depan stesen bas, tibai dulu Dunhill sebatang dua. Jarang ade peluang nak hisap siang2. Kat kampung, semua orang kenal aku. Umpama seorang primadona, kemana sahaja ku pergi, gerak geri ku diperhatikan.

Lulz..padahal orang kenal aku sebab bapak aku pengetua sekolah.

Cuti seminggu sebelum exam sememangnya awesome. Anda diberi pilihan untuk stay di kolej dan study, atau jadi macam aku, balik rumah bawak controller untuk main PES2013, dumbbell sebijik untuk membina otot, dan juga nota2 organic chemistry (yang mungkin akan bersendirian dalam bagasi sepanjang cuti).

abaikan teknik photo editing yang sangat hodoh

updated 11.17pm


1 komen:

ANISRAHIM says:
at: January 28, 2013 at 10:32 PM said...

Betul2! boleh kate majoriti member2 blogging dlu dh stop blogging, actually teman pon baru start blogging balik, awal 2013, lame jgk stop blogging, malas tp sbb nk cari makan skit, tu yg dtg balik ni tp xde la serajin mula2 blogging dlu, asal ade waktu je bw, skrg bw pon malas, kalau rase xde og dtg melawat rumah, baru la pi jenjaln rumah kawan.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Viewed

Theme images by andynwt. Powered by Blogger.
 

© INI BLOG ABANG KAMIL, All Rights Reserved
Design by Dzignine and Conceptual photography