Profile

My photo
| Juventino | Journalist | Student | Teacher-to-be | Grammar Nazi | A Man With Huge Passion for Football and Gundam | I Wanna Be The Great One Not A Good One |
Thursday, February 28, 2013

Galaxy Tag Awesome Nitrogen

"Besok group aku pi main laser tag kat Mid Valley" ujarku kepada roommate ku Zul.

"Oh, budak N3 ja ka?" soal Zul dengan loghat Kedahnya. Zul roommate ku berasal dari Jitra, Kedah. Walaupun bukan anak jati Kedah lantaran lahir di Johor tak silap aku, Zul tetap berbangga dengan identitinya sebagai "Budak Utagha".

"Oh tak..sekali dengan budak N1 dan N2. So, satu family N pi la.."ku jawab persoalannya.

Melihat Zul seperti tiada respon untuk meneruskan perbualan lantaran tiada idea mungkin, aku meneruskan lagi topik diskusi.

"Aku dah ready dah nak pi Laser Tag esok..hang tengok aku dok main Counter Strike Source siang malam ni...preparation untuk esok la..hang tengok esok aku jadi Top Scorer..haha", dengan bongkaknya aku berbicara.

"sembang berapi....."kata Zul. Walaupun pendek balasan Zul, namun bekas yang melekat dihati amat mendalam umpama Grand Canyon di Amerika Syarikat.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Keesokkan hari, warga2 N bertolak secara berasingan ke MidValley mengikut group sendiri. Budak N1 dengan N1, N2 dengan N2, dan N3 dengan N3. Agak assobiyah disitu..lulz

Sesampainya di Galaxy Tag, warga2 N dibahagikan secara random kepada 4 pasukan; Alpha, Beta, Charlie, dan Delta. Aku diletakkan dalam pasukan Charlie, bersama classmate dari N3 ku Shinbei Awesome, dan Hakim.(ye name dia Shinbei Awesome.deal with it.)

team Charlie maha dewa yang terhebat..
Tujuan dipecahkan umat N secara random kepada empat pasukan agar dapat saling berkenalan dan mengeratkan silaturrahim sesama kami.Juga untuk mengelakkan wujudnya sikap suka bergaul dengan classmate sendiri sahaja. 

Setiap pasukan akan mendapat 3 match, bermakna berpeluang menentang kesemua pasukan yang lain tanpa terkecuali.

Pemenang? ya, seperti yang dijangka sejak semalam. Pasukan aku mendapat tempat terakhir.Tewas ketiga-tiga match dengan megahnya. Agak cliche dan poyo juga disitu kan? nampak umpama seudah diatur dan mudah diramal umpama drama melayu dan juga Twilight series.


Namun, benarlah kata-kata orang bijak pandai. Setiap yang berlaku pasti ade hikmahnya. Ketua Pasukan ku, Shinbei Awesome dinobatkan sebagai Top Scorer tournament. Anugerah yang semalam ku impikan jatuh ke tangan ketua pasukan ku. Tak mengapalah.

Sekarang nampak kenapa nama penuh Shinbei ialah Shinbei Awesome?..

antara gambar lain yang di rekod oleh jurufoto yang berbakat yakni bukan aku
tak ingat name pasukan ni. Tapi rambut classmate aku Ariff(duduk) amat bachi kali ni
eugene jackson joy(kiri baju putih) umpama Najib Razak dengan janji2nya..hihi
Murtadha Alsagoff(duduk)..specimen aku dalam entry terdahulu..hihi..
Jelas kekecewaan terserlah diraut wajahku....
Rasa malu juga untuk ku share list score aku di blog ini


Magneto (1st round)



Mercury (2nd round)


Reaper (3rd round)
Dapat disimpulkan teknik2, ability serta kemahiran aku sangat lemah lagi hina. Seharian latihan ku bersama Counter Strike Source tidak membuahkan hasil. Wajar ku gunakan masa tersebut dengan menghafal Organic Chemistry.

Setelah tamat bermain Laser Tag, kami solat dan makan malam. Kemudian sekumpulan kecil ahli N3 yang terdiri daripada aku, Pojan, Ariff, Shinbei Awesome, Najihah, Aimi, Adibah, dan 2 orang lagi yang aku lupa, pergi bermain bowling. 


Bak kata pepatah Melayu lama, sudah jatuh ditimpa tangga

aku mendapat tempat second last dari lapan orang
hanya kerana aku terjatuh dengan dramatik pada round 3 dihadapan khalayak ramai. Namun, aku tetap professional. Bangun dengan tenang tanpa rasa sesal dan duduk di atas bangku tatkala bunyi hilai tawa classmate yang masih belum berhenti ketawa memenuhi ruang atmosfera.

setelah habis bermain bowling, kami beransur pulang ke kolej dengan menaiki teksi.

N1 + N2 + N3 = Awesome Nitrogen!
aku disebelah kiri. dengan tangan terbuka luas terkepak-kepak ingin terbang bebas di langit

*ini entry lame.peristiwa berlaku sekitar awal januari 2013.jelas betapa slowpoke nya aku dalam menulis entry.

updated 11.13pm

1 komen:

NARDtheNERD says:
at: March 10, 2013 at 9:25 PM said...

bestnya.. teringin plak nak pi main. hehe.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Viewed

Theme images by andynwt. Powered by Blogger.
 

© INI BLOG ABANG KAMIL, All Rights Reserved
Design by Dzignine and Conceptual photography