Profile

My photo
| Juventino | Journalist | Student | Teacher-to-be | Grammar Nazi | A Man With Huge Passion for Football and Gundam | I Wanna Be The Great One Not A Good One |
Sunday, April 28, 2013

5 jenis roommate yang mungkin anda temui di Universiti

 Greetings

Hidup di alam universiti sama ada swasta mahupun awam, anda pasti akan mempunyai roommate atau housemate. Lain cerita kalau anda anak orang kaya seperti cerita samarinda TV3, belajar Universiti swasta ulang alik dari rumah...lulz

Jadi sini aku list kan 5 jenis  roommate/housemate yang anda bakal temui di alam universiti

1.Robot
Seorang yang baik dan berprinsip. Sangat prihatin dan baik hati. Tapi hati-hati, jangan sesekali melanggar sebarang hukum hakam dan peraturan sudah ditetapkannya. Break the law on your own risk. Dia tidak akan bertoleransi dengan sebarang cacat cela dan kekurangan. Jangan sesekali cuba mencabar kredibilitinya dengan melakukan perkara seperti tidur tak tutup lampu, biar bilik bersepah, biar baju tak basuh berbulan. Maut mungkin menunggu.
 
2.Ghost
Sangat sukar untuk anda membuktikan kewujudannya. Anda dapat merasakan kehadirannya dalam persekitaran di bilik anda. Tapi anda jarang bertemu dengannya. Mungkin kah dia lepak di bilik membernya yang lain? Mungkin kah dia keluar? Tapi kenapa dia tak pernah tidur di bilik bersama anda? Persoalan yang akan terus bermain di minda anda sehingga lah sem break..

3.Vampire
Misteri. Setiap malam dia akan keluar dan kemudian bila dekat nak subuh dia akan pulang. Apa yang dia buat? Main futsal? hisap shisha? lepak bukit bintang? Anda sentiasa tertanya. Siang sememangnya bukan waktu dia keluar. Dia seakan akan anti akan cahaya matahari. Mana taknya, bangun tidur dah dekat pukul 4 petang. Anda jugak tak pernah nampak dia makan apa apa bila dia ada di nilik bersama anda. Bila anda offer janjan, dia akan menolak. Dia juga punya satu ciri ciri yang anda sangat cemburui. Charm yang sangat hebat. Saling berganti awek/pakwe setiap minggu. Sapa tak geram..

4.Alien
Ganjil. Sangat ganjil. Perwatakannya amat lain dari yang anda pernah temui. Pada waktu malam kadangkala anda terdengar suara yang aneh darinya seperti bercakap dalam bahasa asing. Bahasa Uganda, mungkin? Dia juga seorang yang sentiasa excited dalam apa jua keadaan. Seakan akan semua yang berlaku adalah first time baginya. Dia juga mempunyai perwatakan yang suka bertanyakan soalan-soalan yang aneh terhadap anda. Seperti ingin mendapat sesuatu dari anda. Seolah olah anda ialah bahan spesimen makmal

5.Zombie
Ciri-ciri utama nya ialah bau yang busuk. Anda tak pasti. Sama ada dia malas pakai deodarant atau pun tak reti basuh baju sebab dari kecik sampai ke besar panjang mak dia yang tukang basuh baju..lulz..agak offensive..Tapi itu lah hakikatnya..dia tidak ambil kisah terhadap persekitarannya. Katil berterabur. Meja study selerak. Baju bertempiaran...Anda jenuh menegurnya kerana anda sudah tidak mampu bertahan dengan keadaan bilik yang berbau busuk. Namun tiada respon.

Jadi yang mana satu perwatakan roommate anda? atau lagi senang mana satu perwatakan anda? aku dah dapat zombie sebelum ni. Perit jugak la hidup setahun dengan dia..hihi..lulz...pada roommate aku, jika anda terbaca post ni..muah...ni aku dedikasi kan buat kau..muahaha.

33 komen:

Alia Erfani says:
at: April 29, 2013 at 12:47 AM said...

hahaha. roomate sya masa sekolah menengah baik je^^

Mizz Aiza says:
at: April 29, 2013 at 1:46 AM said...

hehe.. kebetulan roomate dok hostel masa study dulu ok je.. takde ciri2 di atas.. :D

Ez-1 says:
at: April 29, 2013 at 7:43 AM said...

haha...betul2,roomate time Universiti mmg macam2...ada yg rasa mcm nak terajang laju2 je..haha

Noor Mala Shahar says:
at: April 29, 2013 at 9:09 AM said...

menakutkan roommate di atas... tapi roommate saya dulu2 comei2 belaka hehehe

Aida Ismail says:
at: April 29, 2013 at 10:36 AM said...

Haha~ Pernah dapat roomate macam no 5. MasyaAllah tak sanggup dah nak satu bilik dengan dia lepas tu.

Nana Liena says:
at: April 29, 2013 at 11:31 AM said...

haha..okay lawak juga.. rasanya saya no 1 kot..huhu..

cik neto says:
at: April 29, 2013 at 4:07 PM said...

rumate aku spesis aliennnnn ! malam tahun baru cina dia ckp bhsa cina sedangkan dia xpenah reti bhsa cina.. kdg2 dia ckp bhsa sepanyol.. kdg2 dia ckp sorang2.. tengah2 mlm bikin aku takot daaa..

Normi Nieza says:
at: April 29, 2013 at 4:16 PM said...

haha..sy tak der dlm senarai tu..:)

Sue Bee says:
at: April 29, 2013 at 4:33 PM said...

penah ada roomate no2..hantu kacang..

Aminin says:
at: April 29, 2013 at 4:39 PM said...

roomate aq jenis zombie... jenis tak paham bahasa haha... kakakah..
menyusahkan orang... nak kena tembak atas kepala agaknya baru paham bahasa....
Happy birthday to me! Genap 23 Tahun Usia

Ahmad Kamil says:
at: April 29, 2013 at 4:42 PM said...

woot woot..blogger femes..datang komen...muahaha...

Noridah Abd Rahman says:
at: April 29, 2013 at 5:04 PM said...

selalu jumpa jenis no 2

Nur Shuhada says:
at: April 29, 2013 at 8:22 PM said...

haha..selalu sgt jumpa jenis roomate no 2 & 5 ni.tp alhamdulillah sy dpt roomate baik x byk songeh.tp klu yg dah ada bilik x reti2 dok kt bilik sndri gatai melepak bilik owg lain smpai 2,3 pagi bwu balik.mau bg tazkirah plus penampau sedas..huhu..pape pn nice entry bak hang :D

Eyizzyana Aeisyah says:
at: April 29, 2013 at 8:34 PM said...

haha :) ni tahun ke 11 duduk asrama dari sekolah rendah sampai menengah sampai masuk U . semua duduk asrama :) 5-ii penah yana jumpa . haha . tapi tuu lha kenangan . kalau taa knal orang mcm dorang kita taa tau orang sekeliling kita macam mana ..

nice entry :) - teringat zaman nakal-ii dedulu -

Norhaizam Mustaffa says:
at: April 30, 2013 at 5:06 PM said...

Hahaha. Macam seram entri, dah masuk last, tak leh blah. Setakat ni, roomate sy oke2 je. Tak tahu la lepas masuk uni nanti macam mane :)

Secret Of Shaila says:
at: April 30, 2013 at 6:25 PM said...

biasa la tue..yg penting kena banyak bersabar..^^

Hamizah Othman says:
at: April 30, 2013 at 8:22 PM said...

ohh..^^

thomas says:
at: April 30, 2013 at 9:33 PM said...

memang mcm2 org pun ada.

Hanis Syazana says:
at: April 30, 2013 at 9:52 PM said...

Haha.. no 5 paling ...
Haha

Cik JariManis says:
at: April 30, 2013 at 10:05 PM said...

ok...sya lebih prefer robot jadi roomate sya..haha!

BUNDA a.k.a KN says:
at: April 30, 2013 at 10:42 PM said...

bunda balas kunjungan..

Aku Penghibur says:
at: May 1, 2013 at 2:07 AM said...

aku pernh dapat roommate ganjil ... ishhh pelik2

syahirah says:
at: May 1, 2013 at 9:52 AM said...

bnyk org bnyk ragam. pelik. vampire ? zombie ? masya-Allah

pink.plate.liyana says:
at: May 1, 2013 at 1:15 PM said...

pernah ada roomate bila org dah tutup lampu semua nk tido..dia kan bukak 'kacang' jeruk dia ..ya rabbi..bau..hahaha..jerukkkk petaiiiiii...mkn mcm kacang..mihmihmih

Ahmad Kamil says:
at: May 1, 2013 at 1:52 PM said...

haha..nice one...

Ahmad Kamil says:
at: May 1, 2013 at 1:52 PM said...

definitely..im also a robot type actually..care to be my roommate..=P..lulz

Ahmad Kamil says:
at: May 1, 2013 at 1:53 PM said...

wow..dari sekolah rendah duduk asrama? hebat..=)

Ahmad Kamil says:
at: May 1, 2013 at 8:48 PM said...

test test..=P template baru

Auni Liyana says:
at: May 1, 2013 at 10:45 PM said...

Hahaa..mcm2 laa..

AiSyA LiEzA says:
at: May 1, 2013 at 11:34 PM said...

rumate saya smua xde lam list diatas.. >.< lolzzz.. >.< ahhahaha!!

Megat Fareto Asnami Suhaimi says:
at: May 2, 2013 at 5:15 PM said...

Hahaha....nice info bro. Saya mungkin ada roommate ghost atau vampire rasanya :)

latifah zainal says:
at: May 2, 2013 at 8:43 PM said...

roomate sy xde semua ciri di atas..hehe..tahun 1 je ade roomate.tahun 2 dgn final year dok bilik single..

Izzati Amira says:
at: November 17, 2013 at 11:48 AM said...

tak pernah jumpa roommate macam tu lagi.. hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Viewed

Theme images by andynwt. Powered by Blogger.
 

© INI BLOG ABANG KAMIL, All Rights Reserved
Design by Dzignine and Conceptual photography