Profile

My photo
| Juventino | Journalist | Student | Teacher-to-be | Grammar Nazi | A Man With Huge Passion for Football and Gundam | I Wanna Be The Great One Not A Good One |
Thursday, April 25, 2013

Lepasan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya

Greetings


Dah masuk dua minggu aku tamatkan pengajian aku di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM). Tapi ada sesetengah member aku masih di UM sebab diorang join kem insaniah yang diadakan oleh pihak UM sendiri.

Motif? Katanya nak select Pembantu Pelajar (PP) untuk Minggu Haluan Siswa batch yang nak masuk bulan Jun ni. Batch 2013/2014.

Kenapa aku tak join? 

Sebab aku nak manfaatkan cuti aku sebelum masuk degree dengan seoptimum mungkin...lulz ye la tu

Tapi sebelum aku tamat PASUM lagi aku dah plan ape yang aku nak buat masa cuti 6 bulan ni. between April-September

Antaranya ialah:

1. Reincarnate semula blog aku.
seperti yang korang lihat, aku baru mula aktif blogging semula. semuanya kerana aku sayang blog ciput aku ni yang dah usianya, dekat 3 tahun. agak lama, kan? tapi followers dan view begitu rendah. Mana tak nya konsistensi aku blogging yang sangat teruk umpama Liverpool menjadi faktor.

2. Membina otot yang sasa

Bak kata roommate aku, biar muka hodoh asal badan tough. Oleh itu aku selaku roommate yang setia menyahut seruan dengan bekerja bersungguh sungguh demi memiliki seketul badan yang berotot sasa.

3. Mengasah semula kebolehan aku bermain gitar

Ramai yang tak percaya, aku reti main gitar. Mana tak nya, zaman sekolah dulu rambut belah tepi, cermin mata tebal, pakai braces, baju masuk dalam seluar atas pusat.

Ok, aku tipu. aku tak pakai braces. yang lain? lulz...

Tapi itu la hakikatnya aku memang reti main gitar. masa zaman kegemilangan aku dulu ramai yang cakap Kurt Cobain main gitar macam aku. Bukannya aku yang main gitar macam dia..Betul ke tak? aku pusing kepala mendengarnya. Kurt Cobain ni yang main gitar band One Direction tu, kan?

Kahkah..humour minda kelas bawahan..

4. Membaca jambatan ilmu

aku juga minat membaca......dulu...jangan perkecilkan ability aku sebagai seorang bekas avid reader..dulu zaman sekolah rendah aku jaguh NILAM sekolah. ku teruskan lagi kejaguhan ini di sekolah menengah dengan memperoleh anugerah Gangsa...

padahal kerja salin sinopsis kat belakang buku. bukannya pengawas pusat sumber/cikgu pusat sumber tu check pon...diorang rekod je...kahkah...

aku habiskan baucer buku pemberian bapak saudara ku Datu Seri Najib dengan membeli buku-buku yang tertera dalam gambar tu. Bila nak habis baca? Mungkin lepas isteri ku beranak anak ketiga mungkin.

Nanti aku tuliskan sinopsis buat tatapan semua...itu pun kalau aku kahwin.

Tapi....benarkah aku anak saudara Datu Seri Najib?

5. Tengok kartun dan anime

Tak malu untuk aku mengaku yang aku suka tengok kartun walaupun aku bukan lagi remaja tapi lebih kepada belia. Digimon masih ade 5 season yang belum aku habis tonton, Dragon Balls belum start lagi. Begitu jugak dengan kartun Jackie Chan Adventures yang ade 5 season. Aku jugak suka tengok cerita Spongebob, Doraemon, dan Shin Chan walaupun stesen televisyen di Malaysia tayang episod yang sama berulang kali.

_________________________________________________________________________________

kepada budak SPM 2012 yang dapat PASUM dan ingin inquire apa sahaja pasal PASUM boleh komen kat entry ni. Aku akan konpem reply. Sebab aku sentiasa duduk depan laptop...

Aku akan buat post pasal PASUM tak lama lagi..kat situ akan aku ceritakan segalanya..

7 komen:

aishah says:
at: April 26, 2013 at 12:06 AM said...

Same batch with me..pasum12/13 :)

mamapp says:
at: April 26, 2013 at 8:16 AM said...

nampaknyer.. junior mama la ni .. mama pun x PASUM gak tp dah lama dulu dah.. hee best kat situ

nurmadihah mardhiah says:
at: April 26, 2013 at 11:36 AM said...

HAHA , kelakar sgt orangnyee :D

Aroziatul bukuPoket says:
at: April 27, 2013 at 4:11 AM said...

aku rase buku ko tu...anak ko yang no 3 tu nt tlg bace kn...dragon balls dan lain2 kartun yg ko ckp...ak dapat terima...but, digimon??? ade lagi insan yg mminatinye??

Addasyuhadadisini says:
at: April 27, 2013 at 12:37 PM said...

banyaknya aktiviti nak buat..mmg memanfaatkan sebaiknya ni..hehehe

Ahmad Kamil says:
at: April 27, 2013 at 2:49 PM said...

jangan main digimon azriatul, legend tu..

Sakinah Kamal says:
at: May 2, 2013 at 8:59 AM said...

Waa..lepasan pasum ke..gud3 ..saya baru lepas intrrview mase 30hb utk sains hyat..hahaha...besar tul UM tuu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Viewed

Theme images by andynwt. Powered by Blogger.
 

© INI BLOG ABANG KAMIL, All Rights Reserved
Design by Dzignine and Conceptual photography