Profile

My photo
| Juventino | Journalist | Student | Teacher-to-be | Grammar Nazi | A Man With Huge Passion for Football and Gundam | I Wanna Be The Great One Not A Good One |
Wednesday, February 2, 2011

Diamond dan Graphite



diamond

graphite

Assalamualaikum
.
Untuk entry aku kali ni,ana nak menceritakan kpd korang semua, tentang betapa luasnya kekuasaan Allah dan betapa hebatnya kebijaksaan-Nya .
.
Fakta :
Berlian dan grafit di dalam pensel sesama terdiri daripada karbon.Tetapi grafit agak lembut sementara berlian adalah bahan terkeras di dunia.Perbezaannya ialah cara atom karbon diikat sesama.Ikatan atom yang kuat dalam hablur berlian menyebabkan kekerasannya. Haba serta tekanan yang amat tinggi dalam bumi telah mengubah berlian menjadi permata.
.
Nampak tak apa persamaan antara diamond dan graphite ? Ya, kedua-duanya diperbuat daripada atom yg sama iaitu atom karbon . Tapi apa yang membuatkan diamond begitu bernilai berbanding graphite ? Ya, ikatan karbon mereka yg berbeza .
.
Di sini apa yg ingin aku tunjukkan ialah perbezaan antara orang yg bertakwa dengan org yang tidak bertakwa . Orang yg bertakwa dan org yg tidak bertakwa kedua-duanya ialah manusia, hamba Allah. Tapi apa yang membezakan mereka ialah iman mereka. Orang yg bertakwa boleh diumpamakan seperti diamond yang cantik dan bernilai manakala orang yang tidak bertakwa boleh diumpamakan sebagai graphite yg tidak cantik .
.
Org yang beriman telah menempuhi pelbagai ranjau dan dugaan dalam hidupnya . Namun segala kepayahan dalam hidupnya telah ditempuhi dengan sabar dan penuh ketakwaan . Hasilnya dia berjaya menjadi seorang mukminin.Begitu juga dengan diamond telah mengalami tekanan dan haba yang tinggi untuk masa yg begitu lama sebelum berubah menjadi objek yang sgt bernilai.
.
Di sini aku ingin tunjukkan betapa bijaksana dan hebatnya Allah mentadbir alam ni. Betapa bijaknya Allah mengumpamakan org yang beriman sbg diamond dan orang yg tidak beriman sbagai graphite.

Biarlah kamu tidak cantik di mata penghuni dunia tetapi namamu jadi bualan penghuni langit


0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Viewed

Theme images by andynwt. Powered by Blogger.
 

© INI BLOG ABANG KAMIL, All Rights Reserved
Design by Dzignine and Conceptual photography