Profile

My photo
| Juventino | Journalist | Student | Teacher-to-be | Grammar Nazi | A Man With Huge Passion for Football and Gundam | I Wanna Be The Great One Not A Good One |
Saturday, June 22, 2013

That's So Malaysian #1

Greetings

Rakyat Malaysia ada satu penyakit yang sangat sukar dibuang. Penyakit yang mahu aku ketengahkan bukannya malas, pelupa(yang Dr Mahathir punya topik), ataupun hipokrit. 

Penyakitnya ialah sikap pessimistic, atau dalam bahasa melayu yang mudah untuk kita fahami ialah suka mencari benda negatif dalam sesuatu perkara.

Apa sahaja perkara, isu, kejadian pasti akan ada seorang dua puak yang mahu mencari benda yang negatif. Aku bukan berbicara isu politik di sini.

Contoh yang paling jelas ialah apabila terjadi kes kemalangan

kemalangan berlaku baru baru ni. al-Fatihah untuk yang telah pergi





Apabila berita-berita seperti kemalangan disebarkan di media sosial, contohnya Facebook, akan ada puak yang mahu melempar tuduhan dan fitnah tanpa sebarang lapik dan bukti kukuh. Malahan seakan akan tak mengerti situasi dan tak tahu menghormati perasaan orang lain. 

Seperti dalam kes dalam gambar di atas, ada seorang dua yang melempar kata kata perlian seperti ini. Aku masih ingin komen mereka :

Makhluk A: Kemalangan ni berlaku pukul 5 pagi. 2 laki 2 perempuan dalam kereta. Tak tahu la sebelum tu mereka buat ape.
Makhluk B : La, berpasang pasang rupanya

Ya. Semua orang tahu(orang yang baca berita tu). 2 laki 2 perempuan dalam insiden tu. Tetapi kenapa perlu isu ini dibangkitkan? Tak kah rasa biadap dan kurang ajar? Andainya ahli keluarga anda yang terlibat dalam insiden, tak kah anda rasa berang sampai mahu angkat parang?

Orang sebarkan berita di media sosial untuk sampaikan berita. Ambil iktibar, dan sedekahkan doa dan takziah. Bukan suruh anda jadi detektif conan. Selesaikan teka teki, buat jangkaan awal dan sebagainya..!

Andainya suatu hari nanti kena pada diri sendiri, ahli keluarga sendiri baru nak menyesal?

salah seorang rakan aku di PASUM terkorban. Addin Firdaus. al-Fatihah
Dalam bulan Jun ni, kalau anda masih ingat ada berlaku satu kemalangan ngeri dimana 3 orang bekas pelajar MRSM meninggal dunia. Mereka ialah Hilal Isa, Omar Hamzah , dan kawan aku, Addin Firdaus.

Mereka masa tu on the way nak ke sekolah lama. Mahu bertemu dengan guru-guru yang mengajar mereka dahulu di MRSM sempena hari guru. Namun hajat tak kesampaian. Addin pergi pada hari jadinya yang ke -19.

Aku masih ingat. Aku pernah study bersamanya sebelum masuk dewan exam masa final exam semester dua.

Apa yang aku ingin ketengahkan ialah, andainya benar mereka yang pergi itu berbuat perkara yang tidak elok, memandu secara bahaya, kenapa perlu dibangkitkan pada waktu yang tidak sesuai?

That's so Malaysian

Islam ada adab. Buddha ada adab. Hindu ada adab. Kristian ada adab.

Amalkan

6 komen:

Tasneem says:
at: June 22, 2013 at 11:10 AM said...

ye. adab itu penting dalam hidup kita. dengan ada nya ADAB kita dihormati. Al-fatihah buat rawah yang terkorban. semoga ditempatkan di kalangan orang yang berima.. Amiinn :')

Mizz Aiza says:
at: June 22, 2013 at 10:37 PM said...

seharusnya mereka sedekahkan al-fatihah dan doakan kebaikan kepada arwah mangsa.. bukannya membuat spekulasi yang bukan-bukan.. hanya Allah swt sahaja yang tahu apa terjadi, siapa kita untuk menghukum mangsa?

takziah dan al-fatihah untuk arwah mangsa.. semoga beliau ditempatkan di kalangan orang beriman..

Asyiqah Mohd Amin says:
at: June 24, 2013 at 12:07 AM said...

Yeahhh, I do agree with you bro :)

Asyiqah Mohd Amin says:
at: June 24, 2013 at 12:08 AM said...

Betul tu kak, mereka taksepatutnya sesuka hati membuat spekulasi sendiri :)

lelesurabayamadura says:
at: June 24, 2013 at 8:47 AM said...

ih, seremm....

logorithm says:
at: June 27, 2013 at 6:53 PM said...

Malaysians = Joyah. Hehe...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Viewed

Theme images by andynwt. Powered by Blogger.
 

© INI BLOG ABANG KAMIL, All Rights Reserved
Design by Dzignine and Conceptual photography