Profile

My photo
| Juventino | Journalist | Student | Teacher-to-be | Grammar Nazi | A Man With Huge Passion for Football and Gundam | I Wanna Be The Great One Not A Good One |
Thursday, December 30, 2010

Ar-Rahim..adakah sifat itu dalam diri kita?






comel tak dia ni?

yang ni plak camne?

camne plak ngan yg ni?

Assalamualaikum
.
Comel tak baby2 kat atas tu ? Comel btol tak?Rase cam nak peluk2 je . Baby memang comel . Ramai orang suka ngan baby . Tapi malangnya , secomel-comel baby ni pown masih ade yg jadi camni :



Amacam ? Apa perasaan korang ? Kalau try google gambar ni pasti korang akan dapat bersepah resultnya . Tapi aku tak mau letakkan banyak gambar cam tu kat blog ni . Bukan sebab geli mahupun jijik . Sebab aku benar-benar sedih . Luka hati . Kecewa . Aku tak sanggup nak tengok gambar-gambar camni . Setiap kali aku melihat gambar2 mayat bayi yg dibuang , mata aku berair . Nak nangis . Walaupun aku kaum adam , tapi hati aku mudah mengalirkan air mata tentang perkara seperti ini .

Ar-Rahim.Ar-Rahim adalah salah satu daripada 99 nama Allah swt.Ar-Rahim bermaksud Maha Mengasihani . Sewaktu Allah menciptakan Nabi Adam as , Allah telah memasukkan sifat mengasihani ke dalam diri Baginda . Lantas sifat ini diperturunkan daripada generasi ke generasi melalui keturunan .

Tapi dari hari ke hari aku rasa sangsi . Kemana perginya sifat mengasihani dalam diri manusia ? Adakah disebabkan modenisasi dan pembangunan yg kian pesat setiap hari telah membunuh "instict" ini?
Kadang-kadang , aku rasa pelik . Ibu haiwan pun menyayangi anaknya . Dia menjaga anaknya dengan begitu baik . Dia juga sanggup mempertaruhkan nyawanya seniri untuk melindungi anaknya daripada dimakan pemangsa.Hinggakan haiwan seniri lebih tau menghargai erti kasih sayang berbanding manusia seniri .

Klik sini untuk link ke video .

Kenapala manusia ni kejam sangat ? Mungkin sebab tu la sewaktu Allah menciptakan Nabi Adam as , para malaikat bertanya kepada Allah . Adakah Allah ingin menciptakan makhluk yang bakal menumpahkan darah di bumi ini? Mungkin para malaikat memang betul . Manusia memang suka menumpahkan darah di bumi ini . Kekejaman mereka hinggakan bayi yang berdosa pun sanggup di bunuh . Bayi2 tersebut tak pernah di minta untuk dilahirkan sedemikian . Mereka tak sepatutnya mati dengan sedemikian .

Mereka sepatutnya berada di dalam sebuah rumah . Berada dalam suasana yang aman dan selesa . Di jaga oleh ibu bapa mereka . Bukannya berada di tong sampah , mahupun sungai ataupun longkang . Benarlah satu petikan yang pernah aku dengar satu masa dahulu :

What is the most ferocious living thing in the jungle ? It's human . They were part of it . Yet they destroy it . and even among themselves .


4 komen:

Unknown says:
at: December 30, 2010 at 2:05 AM said...

terima kasih diatas entry yang begitu bernilai ini.. good job

Pink Pearl Lady says:
at: December 30, 2010 at 4:08 AM said...

memang sekarang manusia sudah tiada rasa kasih sayang sehingga anak sendiri sanggup di pukul di dera diperkosa n lebih menyayat hati di buang,apakah dosa mereka.....

Ahmad Kamil says:
at: December 30, 2010 at 10:10 AM said...

salam..petanda akhir zaman..

Sunah Sakura says:
at: December 31, 2010 at 1:19 AM said...

salam wrt..syukran datang ke blog~ jenguk entry terbaru kat SINI.. mungkin ada kaitan dan nak kongsi apa2 kat situ, dialu-alukan~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Most Viewed

Theme images by andynwt. Powered by Blogger.
 

© INI BLOG ABANG KAMIL, All Rights Reserved
Design by Dzignine and Conceptual photography